Kenali Kanser Payudara!


Apa itu Kanser Payudara?


  • Kanser payudara adalah sejenis kanser yang sering menyerang kaum wanita di Malaysia.
  • Kanser payudara adalah penyakit di mana sel-sel dalam tisu payudara berkembang dan membesar secara luar kawalan.

Gejala-gejala Kanser Payudara

Puting tertarik/termasuk ke dalam

Sakit pada Payudara

Bengkak/Benjolan pada Payudara

Kerutan pada kulit di atas payudara

Pendarahan atau lelehan luar biasa

Kemerahan atau luka di sekitar payudara.

Faktor Risiko : Boleh Ubah

...

Tiada Anak

Risiko meningkat jika tidak hamil dan mempunyai anak

...

Berumur Lewat pada Kehamilan Anak Pertama

Risiko meningkat jika tidak pernah hamil atau mengandung anak pertama pada usia lebih 30 tahun

...

Pil Perancang

Pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara

...

Cara Hidup

Risiko meningkat jika menghadapi obesiti dan tidak aktif dalam melakukan aktiviti fizikal

...

Pengambilan Arak

Pengambilan minuman beralkohol meningkatkan risiko mendapat kanser payudara

...

Radiasi

Sinaran radiasi yang dikenali sebagai sinaran radiasi peng-ion terutama pada bahagian dada mempunyai tenaga yang mencukupi untuk merosakkan DNA dan menyebabkan kanser

Faktor Risiko : Tidak Boleh Ubah

...

Umur

Risiko meningkat dengan umur.

Risiko permula pada umur 25 tahun dan akan memuncak pada umur 60 hingga 64 tahun.

...

Sejarah Kanser Payudara Dahulu

Jika anda pernah menghidap kanser payudara sebelum ini, anda berisiko 3-4 kali ganda untuk mendapat kanser payudara secara berulang.

...

Jantina

Perempuan berisiko untuk mempunyai kanser payudara.

...

Permulaan Kitaran Haid Awal & Menopaus Lewat

Kitar haid bermula lebih awal daripada umur 12 tahun dan menopaus lebih daripada umur 55 tahun

...

Sejarah Keluarga

Mempunyai sejarah keluarga kanser payudara berisiko untuk menghidapinya. Mereka yang mempunyai genetik BRCA-1 dan BRCA-2

...

Kepadatan Payudara

Wanita yang mempunyai tisu payudara yang lebih tumpat dan padat didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara.

Tahap Kanser Payudara


Image Description

Rawatan Kanser Payudara


Pembedahan

1. Membuang ketulan kanser dan kelenjar limfa untuk mengelakkan ia merebak dan tumbuh semula.
2. Jenis pembedahan bergantung kepada tahap kanser payudara.

Kemoterapi

1. Rawatan ubat untuk menghentikan pertumbuhan, menyerang, atau membunuh sel-sel kanser payudara.
2. Rawatan ini boleh diberikan sebelum atau selepas pembedahan
radioterapi example

Radioterapi

1. Rawatan ini sinaran X dan radiasi pada payudara untuk membunuh sel-sel kanser.
2. Kebiasaannya diberikan selepas pembedahan atau untuk kanser yang tumbuh kembali

Terapi Hormon

1. Rawatan ubat untuk mengurangkan hormon estrogen bagi menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
2. ia juga boleh mengurangkan risiko kanser daripada berulang.

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA),
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu

chempakaunisza@gmail.com

09-665 5555

Kaunter Pertanyaan

Bilangan Pelawat: orang

Hak Cipta Terpelihara 2023 oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)