Saringan Mamogram


Apa itu MAMOGRAM


  • Mamogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.
  • Sinar X mamogram menggunakan radiasi dos rendah pada payudara, jadi ia adalah ujian yang selamat.
  • Mamogram ini digunakan untuk memeriksa barah payudara pada wanita yang tidak mempunyai tanda atau gejala barah payudara.
  • Ia juga boleh digunakan jika anda mempunyai benjolan atau tanda-tanda penyakit payudara yang lain.
  • Oleh itu, Mamogram merupakan cara terbaik mengesan kanser payu dara sebelum ia dapat dikesan dengan pemeriksaan klinikal ataupun pemeriksaan sendiri.

Siapa yang perlu menjalani MAMOGRAM?


KenaliKanserPayudara

Semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan menjalani mamogram.

KenaliKanserPayudara

Wanita berumur 50 hingga 74 tahun perlu menjalani ujian ini sekali dalam 2 tahun.

KenaliKanserPayudara

Seawal usia 30 tahun bagi wanita yang berisiko tinggi seperti mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payu dara atau pernah menghidapi kanser payu dara

Mengapa saya memerlukan MAMOGRAM?


  • Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara.
  • Ia juga berkesan untuk meneliti kesihatan am payudara anda.

Apakah persediaan untuk melakukan MAMOGRAM?


KenaliKanserPayudara

Elakkan Bahan Kimia

Elakkan menggunakan minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan mamogram.Bahan-bahan dalam produk-produk ini mungkin akan menjejaskan keputusan mamogram.
KenaliKanserPayudara

Pakaian Sopan dan Mudah

Anda perlu memakai pakaian ringkas atau blaus dan seluar panjang atau skirt panjang. Pakaian atas perlu ditanggalkan semasa pemeriksaan dilakukan.

Bagaimana Mamogram Dilakukan?


1. Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita.
2. Ia mengambil masa selama 10 hingga 30 minit.
3. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin.
4. Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan.
5. Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah.
6. Semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan menjalani mamogram

Bagaimana Proses Dari Awal Hingga Akhir


Bagaimana jika keputusan MAMOGRAM saya tidak normal?


  • Anda akan dirujuk kepada doktor pakar di hospital untuk penyiasatan lanjut.
  • Keputusan mamogram yang abnormal tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser.
  • Pakar akan melakukan penyiasatan lanjut dan akan memberikan nasihat dan rawatan yang bersesuaian.

Hubungi Kami

Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu

chempakaunisza@gmail.com

09-665 5555

Kaunter Pertanyaan

Bilangan Pelawat: orang

Hak Cipta Terpelihara 2023 oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)